Tuesday, January 19, 2010

EDISI MILITER : PERTAHANAN MENYELURUH (HANRUH)


  1. Pada edisi awal ini, diterangkan serba sedikit berkaitan dasar yang dilaksanakan oleh negara kita berkaitan dengan aspek pertahanan negara.

  2. HANRUH bermaksud pertahanan menyeluruh. Selain negara kita, konsep ini turut diamalkan oleh beberapa negara lain seperti Denmark, Sweden, Switzerland dan tidak terkecuali Singapura.

  3. Terdapat beberapa persamaan dalam pelaksanaan konsep ini :

  4. Pertama – Objektif HANRUH ialah untuk menghalang peperangan, mempertahankan Negara dan melindungi masyarakat awam.

  5. Kedua – Perlunya mengekalkan kesiapsiagaan yang berterusan serta mempunyai keupayaan untuk membendung sebarang ancaman.

  6. Ketiga – mewujudkan pertahanan yang ‘kredible’ bukanlah merupakan tanggungjawab ATM semata-mata, sebaliknya turut melibatkan sektor awam dan swasta. Terutamanya yang melibatkan penggunaan ‘aset’ dalam mempertahankan negara. Justeru itu, penyelarasan dan penglibatan kedua-dua sector amat dituntut dalam berhadapan dengan sesuatu ancaman.

  7. Keempat – Komponen HANRUH meliputi 5 aspek pertahanan iaitu; Pertahanan Ketenteraan, Pertahanan Sivil, Pertahanan Ekonomi, Pertahanan Sosial dan Pertahanan Psikologi.

  8. Sebagaimana yang telah diketahui, Dasar Pertahanan negara kita adalah berteraskan pembangunan keupayaan dan bukanya berasaskan sebarang bentuk ancaman.
    Pembangunan berteraskan keupayaan atau ‘capability driven’ bermatlamat untuk menjaga kedaulatan dan kepentingan negara.

  9. Rancangan pelaksanaan konsep ini tidak hanya terhad kepada keperluan untuk berhadapan ancaman keselamatan (konflik/peperangan) semata-mata, tetapi ianya perlu meliputi semua cabaran dalam Negara contohnya seperti bencana alam ataupun krisis tenaga.

No comments:

Post a Comment